web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKT Bincang Dengan Selangor, Pulau Pinang Terima Pakai Akta 672 – Nga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 4:14PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, melihat mesin memproses baja daripada sisa pepejal dan makanan ketika melancarkan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti PPR @ Rumah Pangsa Jalan Hospital. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan sedang melakukan rundingan secara aktif dengan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam usaha agar dua negeri itu menandatangani Perjanjian Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata sekiranya berhasil, kedua-dua negeri akan menyertai tujuh negeri lain yang menerima pakai akta berkenaan.

"Selangor sendiri secara prinsip telah menyatakan persetujuan di mana saya sendiri telah menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) telah berkenan menerima pakai Akta 672.

"Kita hanya menunggu keputusan MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) untuk kita bincang secara terperinci dengan Selangor," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian selepas melancarkan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti PPR @ Rumah Pangsa Jalan Hospital di sini hari ini.

Nga berkata, setakat ini tujuh negeri telah menerima pakai Akta 672 manakala lima negeri lagi iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor dan Pulau Pinang masih belum menandatangani perjanjian tersebut. 

Akta 672 bermatlamat memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Sementara itu, Nga berkata kerajaan akan terus melakukan libat urus secara berhemah dengan negeri-negeri yang masih belum menerima pakai akta tersebut.

"Pintu kami sentiasa terbuka, Perak sebagai contoh negeri paling banyak PBT (pihak berkuasa tempatan) di Semenanjung, ada 15 PBT, kita hormati keputusan kerajaan negeri (tidak terima pakai Akta 672) tetapi kita sentiasa alu-alukan (terima pakai), rundingan akan terus kita jalankan," katanya.

Sementara itu, Nga berkata, KPKT menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan mewujudkan 130 Pusat Pandu Lalu Kitar Semula (DRTC) di seluruh negara di bawah Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS).

Setakat ini, katanya, 74 DRTC telah berjaya diwujudkan di seluruh negara dan pihaknya menyasarkan untuk mewujudkan sebanyak 130 DRTC menjelang hujung tahun ini.

Mengulas mengenai DRTC yang dilancarkan di PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital pagi ini, langkah itu bertujuan memudahkan komuniti setempat untuk menghantar sisa kitar semula yang telah diasingkan dari rumah masing-masing. 

Beliau berkata, menerusi inisiatif KOSIS di PPR itu, sebanyak lebih 33,000 kilogram (kg) barang kitar semula, 4,500 kg minyak masak dan 6,200 kg sisa makanan dengan nilai RM23,500 telah direkodkan dari 2020 hingga Disember lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad