web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Naik Taraf Hospital Sebarang Jaya Siap Hujung Tahun Ini – Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 6:13PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEBERANG JAYA - Projek menaik taraf Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang bermula sejak 2016 dijangka siap sebelum hujung tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, projek itu telah bermula agak lama tetapi lambat disiapkan namun dijangka akan beroperasi pada hujung tahun ini.

"Saya telah diberi taklimat mengenai keadaan hospital ini dan saya telah teliti beberapa keperluan terdesak yang memerlukan bantuan khas.

"Jadi saya telah meluluskan RM1 juta untuk pembelian mesin ventilator, tangki air, (peralatan) ultrasound dan bilik penyusuan ibu di HSJ," katanya selepas mengadakan lawatan ke HSJ di sini, hari ini.

Projek menaik taraf HSJ yang menelan kos hampir RM500 juta itu telah dimulakan pada 2016, bagi menambah kemudahan katil, unit rawatan rapi dan ruang parkir.

Sementara itu, Pengarah Hospital Seberang Jaya Dr Saiful Azlan Sharif menzahirkan penghargaan atas keprihatinan perdana menteri yang meluluskan peruntukan tambahan bagi menaik taraf serta menambah beberapa peralatan yang merupakan keperluan mendesak di hospital terbabit. 

"Kita telah buat permohonan sebelum ini dan hari ini perdana menteri datang melawat (hospital) meluluskan peruntukan RM1 juta.

"Peruntukan itu adalah untuk menaik taraf tangki air selain perolehan untuk unit ultrasound di wad pedriatrik serta di bilik penyusuan susu ibu," katanya.

Mengulas mengenai perembangan kerja pembinaan blok baharu HSJ, Dr Saiful berkata, projek itu dijangka siap hujung tahun ini.

"Blok baharu ini merupakan bangunan bertingkat, bakal menyediakan kemudahan baharu dan ada juga sebahagian daripada perkhidmatan di hospital sedia ada akan dipindahkan ke sana.

"Setakat ini, projek terbabit sudah 92 peratus siap dan berdasarkan laporan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), ia dijangka siap pada 12 Disember depan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad