web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Disaran Manfaat Sektor Pelancongan Hadapi Cabaran Ekonomi Semasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:26AM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberl tumpuan kepada sektor pelancongan termasuk lebih kreatif dalam menarik kemasukan pelancong asing dengan meletakkan negara di dalam kalendar acara-acara utama dunia, sebagai satu kaedah menghadapi cabaran ekonomi ketika ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata, walaupun nilai ringgit menyusut sehingga memberi impak negatif kepada produk import termasuk makanan, namun dalam masa yang sama ia menjadikan Malaysia sebagai negara yang murah untuk pelancong.

Bekas perdana menteri itu berkata, hal itu sekali gus membuka ruang untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama apatah lagi negara mempunyai keunikan tersendiri menerusi kepelbagaian etnik, budaya,flora dan fauna serta bandar moden bertaraf dunia.

"Kempen Cuti-Cuti Malaysia perlu disemarakkan kembali, berikan pengusaha pelancongan insentif khas seperti potongan cukai bagi memangkin industri kerana kesannya amat besar kepada ekonomi setempat," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Ismail Sabri berkata, sektor pelancongan sebelum ini sudah terbukti menjadi penampan kepada negara dalam menghadapi krisis ekonomi antaranya ketika krisis kewangan Asia 1998 dan krisis kewangan global 2008. 

Sementara itu, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau kementerian lain untuk menyediakan tapak kenderaan rekreasi yang lengkap di setiap daerah bagi merancakkan industri tersebut.

Beliau berkata, ini kerana trend pelancongan dan rekreasi rakyat Malaysia kini mula beralih kepada pelancongan yang berkonsepkan kenderaan rekreasi seperti rumah motor, kenderaan karavan dan campervan.

"Dengan adanya kemudahan ini nanti, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk datang ke negara kita menggunakan kenderaan rekreasi yang mereka ada.

“Saya juga mohon supaya pihak bank di negara ini memberikan kemudahan sewa beli untuk kenderaan seperti ini sepertimana sewa beli kereta," katanya. 

Chong Chieng Jen (PH-Stampin), yang memetik kejayaan Singapura menganjurkan konsert Taylor Swift "The Eras Tour" selama enam hari baru-baru ini, berkata Malaysia sepatutnya mengambil contoh negara jiran itu untuk lebih terbuka dalam menerima selebriti antarabangsa.

Malah, katanya, selain Singapura, Malaysia juga mempunyai infrastruktur yang terbaik untuk menganjurkan konsert selebriti antarabangsa "Kelas A” di rantau ini sekali gus dapat memberi keuntungan dalam sektor ekonomi mahupun pelancongan.

"..banyak keuntungan ekonomi dikaut Singapura daripada konsert tersebut. Menurut anggaran ahli ekonomi Maybank, Singapura memperoleh sekurang-kurangnya USD 370 juta (RM1.7 bilion) keuntungan daripada peminat Taylor Swift dari seluruh dunia yang membanjiri Singapura untuk menghadiri konsert itu," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) meminta kerajaan memanfaatkan sepenuhnya peluang Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025 untuk memperkukuhkan ekonomi, yang menurutnya masih lagi dalam proses pemulihan selepas dilanda pandemik COVID-19.

Beliau berkata, bagi memperkasa ekonomi, banyak perkara yang perlu dilakukan segera termasuk memastikan Malaysia lebih terbuka dalam meraikan kepelbagaian budaya sesama sendiri. 

"Kalau kita tidak menerima kepelbagaian, bagaimana kita ingin menjadi hos yang baik terutama ketika kepentingan ASEAN bukannya dalam lingkungan negara ASEAN sahaja tetapi juga kepada rakan-rakan dialog ASEAN seperti Australia, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan China yang merupakan kuasa-kuasa besar kepada ekonomi.

"Justeru, kesedaran dan keyakinan atau keprihatinan dan kepekaan rakyat terhadap ASEAN ini harus dipertingkat kerana dalam satu kajian ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kurang arif atau tahu tentang ASEAN walhal Malaysia adalah antara pasukan pengasas yang membina ASEAN," katanya.

Seramai 160 Ahli Parlimen selesai mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang berlangsung selama tujuh hari bermula 27 Februari lepas.

Persidangan bersambung Isnin. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad