web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CEO Syarikat Telekomunikasi Didakwa Tipu Penganugerahan Projek Bernilai RM47.25 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:33PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menipu berhubung penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta, tiga tahun lalu.

Mohd Razain Hashim, 45, yang juga CEO RD Comm & Network (M) Sdn Bhd, didakwa menipu ketua pegawai operasi sebuah syarikat pembinaan bahawa beliau boleh menganugerahkan 'Project Of Engineering Services For Maxis Installation And Fixed Monopole New Site Project Peninsular Malaysia 250 Units Foundation of Pole' sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM250,000 secara perbankan dalam talian di Maybank Taman Putra, Ampang, Selangor pada 29 April dan 3 Mei 2021.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Anita Harun menetapkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan tertuduh membayar RM20,000 hari ini dan baki RM80,000 pada 11 Mac.

Mahkamah turut mengarahkan Mohd Razain melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berdekatan setiap bulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 April.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam T. Harpal Singh.

Sebelum ini, Mohd Razain dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah pada prosiding pendakwaan 28 Februari lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad