web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SRC Mangsa Penipuan Berskala Besar Yang Didalangi Najib – Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:07PM

Datuk Seri Najib Tun Razak. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa SRC International Sdn Bhd bukan berfungsi sebagai kenderaan bagi memacu pembangunan ekonomi untuk rakyat Malaysia sebaliknya menjadi mangsa penipuan berskala besar yang didalangi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam utama SRC International Sdn Bhd Datuk Lim Chee Wee, berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau iaitu sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat Emeritus SRC.

"Najib sendiri pernah berkata SRC International ditubuhkan dengan tujuan sebagai tonggak pembangunan ekonomi jangka panjang Malaysia yang mampan untuk rakyat. 

"Bagaimanapun, SRC menjadi kenderaan yang dimanipulasi oleh Najib untuk mendapatkan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk memperkayakan dirinya sebanyak US$120 juta dan dalam proses itu, telah menyebabkan kerugian kepada SRC serta pada akhirnya rakyat sebanyak US$1.18 bilion.

"Kerugian itu semakin bertambah dan secara kebetulan, KWAP terletak di bawah bidang kuasa Najib semasa beliau menjadi Menteri Kewangan," katanya ketika membacakan pernyataan pembukaan pada hari pertama pendengaran saman sivil SRC terhadap Najib di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin. 

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil.

Pada prosiding hari ini, saman SRC terhadap Najib dan Nik Faisal adalah berkaitan peristiwa yang menyelubungi syarikat itu selepas ia diperbadankan sebagai kenderaan tujuan khas (SPV) pada 7 Januari 2011 terutama untuk melabur dalam sektor tenaga konvensional dan boleh diperbaharui, sumber asli serta mineral.

Lim juga berhujah, pihaknya akan membuktikan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasanya sebagai pegawai awam dengan pengetahuan penuh mengenai jenayah itu dan bersikap acuh tak acuh terhadap had kuasa beliau.

"Kami akan menunjukkan bahawa Najib, melalui segala tindakan beliau, sememangnya berhasrat untuk mendatangkan kemudaratan kepada SRC dengan niat jahat dan mengetahui bahawa ia akan memudaratkan SRC serta bersikap tidak peduli mengenai perkara itu," katanya. 

Beliau juga memaklumkan mahkamah bahawa Najib, dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri yang merupakan pegawai awam, boleh disaman dengan tort misfeasans.

SRC, di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.

Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad