web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pempengaruh Dinasihati Ajak Masyarakat Ke Arah Kebaikan Khususnya Agama - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:02PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Personaliti media sosial dinasihatkan untuk menggunakan pengaruh mereka ke aras kebaikan dan mengelakkan tindakan yang boleh membawa prejudis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau mengulas susulan tular video seorang pempengaruh dan usahawan terkenal yang sedang menjalankan ibadah umrah mengundang perhatian, apabila berlaku pergelutan ketika mahu mencium Hajarul Aswad.

"Saya tekankan bahawa mencium Hajarul Aswad itu perkara sunat dan ketika mana dalam keadaan atau suasana di persekitaran tawaf itu berada dalam situasi tenang.

“Tetapi sekiranya keadaan itu membahayakan keselamatan dan sebagainya boleh membawa aib terbuka kain ihram dan sebagainya, jadi boleh membawa kepada hukum haram ketika itu.

“Oleh kerana hukum ini berbeza mengikut keadaan, jadi saya mengambil kesempatan untuk menasihati khususnya kepada sahabat-sahabat pempengaruh untuk mengguakan pengaruh mereka ke arah kebaikan dan melihat kepada batasan-batasan tertentu khususnya dalam konteks ibadah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini. 

Katanya seorang pempengaruh perlulah mengimbangi perbuatan antara populariti, mengajak atau berniat mengajak masyarakat ke arah kebaikan dan menyebarkan kebenaran tanpa memprejudiskan diri sendiri atau mana-mana pihak apabila menggunakan media sosial.

 Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara Jakim, UTeM dan Uniten itu adalah bagi pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.

Mohd Na'im berkata, program kerjasama antara Jakim-UTeM telah bermula sejak tahun 2017 manakala kerjasama antara Jakim-Uniten pula telah bermula sejak tahun 2013 lagi dan sehingga kini, Darul Quran Jakim telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa institusi di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyarankan agar mutawif umrah dan haji untuk memberi penjelasan mengenai hukum mengusap atau mengucup hajarul aswad kepada jemaah masing-masing sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan ihadab itu 

Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan kepada jemaah bagi memastikan kesempurnaan ibadat yang dikerjakan di Tanah Suci. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad