web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pameran Jerami Castle MADA@Jerai Geopark Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 4:12PM

Pameran Jerami Castle MADA@Jerai Geopark yang terbakar. - gambar JBPM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pameran Jerami Castle MADA@Jerai Geopark di Yan, yang mempamerkan pelbagai replika diperbuat daripada jerami gulung, terbakar tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali, berkata pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada 1.10 tengah hari tadi, memaklumkan kebakaran berlaku di tapak lokasi jerami gulung.

"Jentera diarahkan ke lokasi kejadian dan didapati kebakaran hanya melibatkan jerami dan tidak melibatkan mangsa.

"Tindakan pemadaman menggunakan dua aliran dua pancutan dari jentera BBP Yan serta dibantu pasukan bomba sukarela Sungai Limau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorhamidi berkata, operasi pemadaman api terkawal pada 1.21 petang dan difahamkan tiada siasatan lanjut bagi kebakaran terbuka.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menganjurkan pameran Jerami Castle MADA@Jerai Geopark bermula 1 Mac hingga esok, sebagai usaha menarik minat petani menyertai projek guna semula jerami yang melibatkan aktiviti penggulungan jerami sebagai alternatif kepada kaedah pembakaran. 

Jerami Castle MADA@Jerai Geopark sebelum kebakaran. - gambar MADA
Jerami Castle MADA@Jerai Geopark sebelum kebakaran. - gambar MADA

Pelbagai aktiviti dijalankan pada program berkenaan, seperti sesi bergambar dengan replika dan produk jerami padi,menunggang kuda, memanah serta jualan makanan dan produk. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar