web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Himpunan Mega Demi Palestin Berlangsung Aman – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 9:05PM

Himpunan Mega Demi Palestin di Kuala Lumpur. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di sekitar ibu negara petang ini berlangsung dengan aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perarakan himpunan berkenaan yang bermula di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan berakhir di Padang Merbok di Jalan Parlimen.

"Polis menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan semasa perhimpunan berkenaan dan sehingga peserta himpunan bersurai pada 6 petang tadi, tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dianggarkan 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia menyertai himpunan bermula 2 petang, bergerak melalui beberapa jalan utama di ibu kota antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang dan Bulatan Dato Onn.

Tinjauan di lokasi perhimpunan mendapati orang ramai melaungkan slogan antaranya  #demipalestin, #fromrivertheseaPalestinewillbefree dan #ceasefire bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengutuk kekejaman pemerintahan negara Israel.

Kibaran bendera Palestin, sepanduk plakad seperti #freepalestin dan #gencatansenjata serta laungan 'bebaskan Palestin' bergema sepanjang jalan menuju ke Padang Merbok. 

Seorang daripada peserta perhimpunan dikenali sebagai Aziz Abdul Rahman, 55, berkata penyertaannya dalam perhimpunan itu sebagai tanda protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Katanya, ia adalah platform terbaik untuk menyatakan bantahan kepada sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terus melakukan pembunuhan terutama kanak-kanak,wanita dan warga emas.

Bagi Adriana Ahmad, 31, perhimpunan itu bukan hanya menggambarkan kedudukan Malaysia yang terus menyokong Palestin tetapi ia suara umat Islam di seluruh dunia menentang penindasan terhadap rakyat Palestin. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad