web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Setuju Secara Prinsip Laksana Tahanan Rumah Untuk Banduan - Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 3:52PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo. - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUNCAK BORNEO - Kerajaan secara prinsip bersetuju untuk memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention) kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

"Perlu disemak apakah ia memadai dengan meminda undang-undang sedia ada atau ada keperluan untuk gubal undang-undang baharu di bawah kuasa Ketua Pengarah Penjara atau Menteri KDN.

"Saya tugaskan Ketua Setiausaha KDN (Datuk Ruji Ubi) untuk buat semakan dan beri maklum balas... perkara ini mesti disegerakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 yang bertemakan "Reformasi Koreksional Membangun Peradaban" di Kompleks Penjara Puncak Borneo, di sini hari ini.

Menurutnya, penghuni penjara yang terlibat bagi program berkenaan terdiri daripada individu yang berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung. 

"Kalau yang disabitkan kesalahan itu melibatkan mereka dari kategori ini, kita lihat adalah lebih manusiawi kalau letak mereka di luar dan bukan dalam tembok (penjara) jadi untuk itu mereka boleh kita pasangkan gajet kepada mereka untuk kita laksanakan home detention," katanya.

Saifuddin berkata, menerusi program sedemikian seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib serta Program Pemulihan Pemasyarakatan, kerajaan bukan sahaja dapat menangani masalah kesesakan penjara malah ia sebagai langkah penjimatan kepada negara.

Katanya, program yang telah dijalankan sebelum ini memberi impak positif dengan statistik menunjukkan daripada 800 yang dibebaskan, hanya seorang yang dimasukkan semula ke dalam penjara.

Terdahulu, beliau membacakan teks ucapan perasmian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bagi majlis berkenaan.

Dalam ucapan berkenaan, Fadillah, berkata Institusi Penjara Sarawak diumumkan sebagai penerima Anugerah Penjara Negeri Cemerlang Tahun 2023 berikutan pencapaian cemerlang bagi empat petunjuk prestasi utama (KPI) standard antarabangsa dalam pengurusan sistem koreksional dan kepenjaraan.

"Empat KPI yang ditetapkan iaitu kadar residivis (jenayah berulang) sebanyak 12.7 peratus, jumlah reman sebanyak 13.5 peratus dan kadar kesesakan sebanyak -13.2 peratus, jauh lebih baik berbanding tahap standard antarabangsa iaitu 20 peratus. 

"Sementara kadar pemenjaraan pada 119 per 100,000 penduduk berbanding standard antarabangsa iaitu 145 per 100,000 penduduk," katanya.

Sambutan Hari Penjara hari ini adalah untuk menghargai kakitangan serta orang ramai yang telah menyumbang khidmat bakti kepada Jabatan Penjara. – BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad