web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lagi Individu Didakwa Anggota Kumpulan Jenayah Terancang 'Geng Upik'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 5:38PM

Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik' antara tahun 2015 hingga 2023.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Norsyafilah Pawawoi, 28, dan Zulkahar Dusing, 29, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan itu di Kota Kinabalu mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Norsyafilah sedang menjalani hukuman penjara sejak 2016 manakala Zulkahar ditahan di Penjara Tawau sejak 2022 atas kesalahan berkaitan dadah.

Noor Hafizah menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tortudub 

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, 11 individu yang didakwa menganggotai Geng Upik pada 22 Januari lepas termasuk seorang ahli perniagaan Datuk Maslan Sani, 41, turut berada di Mahkamah Sesyen sama bagi sebutan semula kes.

Turut didakwa Rahman Burijin, 44, Jaisalfian Jaineh@Zaini,45, Mohd Fauzie Rablin, 33, Shahlan Shah Abdul Samad, 37, Nelson Yen Yee Chung, 51, Mohd Faridzul Asmahadi, 31, Fazrul Bahar, 32, Alkan Abraham, 35, Mazlan Mahmud, 49 dan Mahathir Jibarail, 49.

Maslan dan Fazrul diwakili peguam Chin Tek Ming, Mohd Fauzie dan Mazlan diwakili peguam Sylvester Kuan manakala peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi mewakili Shahlan Sah, Mohd Faridzul dan peguam Muhamad Amirul Amin mewakili Jaisalfian 

Alkan dan Rahman pula tidak diwakili peguam.

Noor Hafizah turut menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes itu dan tiada jaminan ditawarkan kepada mereka.

Pendakwaan bagi kes ini dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajah Mat Radzi.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Ram Singh dan Kamarudin Mohmad Chinki yang mewakili Yen telah memaklumkan mahkamah bahawa mereka telah memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi berhubung isu ikat jamin. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad