web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usia Sudah 64 Tahun Namun Hanya Berpeluang Rai Ulang Tahun 16 Kali 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 8:04AM

Steven Foo Tzeh Chih. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun usianya telah mencecah 64 tahun, namun ayah kepada dua cahaya mata yang berasal dari Kluang, Johor ini ibarat masih berada di zaman remaja kerana hanya berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran sebanyak 16 kali.

Pengurus Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia, Steven Foo Tzeh Chih, yang dilahirkan pada tarikh unik iaitu 29 Februari, hanya berpeluang menyambut hari jadinya empat tahun sekali susulan fenomena tahun lompat.

"Umur saya dah 64 tahun tetapi baru 16 kali sahaja jumpa tarikh istimewa itu sepanjang hidup saya. Kebiasaannya kalau 29 hari bulan ini muncul, anak-anak saya akan ambil cuti atau cuba habis kerja awal untuk pergi makan malam dan sambut hari jadi saya," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Foo, yang tidak sabar meraikan ulang tahun kelahirannya malam ini bersama keluarga, turut berkongsi bahawa beliau sering bergurau dengan rakannya ketika di bangku sekolah apabila tiba bulan Februari.

"Masa kecil dulu, saya selalu bergurau dengan rakan-rakan kalau nak sambut hari jadi saya, bawalah hadiah sebab setiap tahun hari jadi saya tidak muncul. Saya gurau macam itu sebab ia adalah sesuatu yang berbeza kan tapi itu hanyalah simbolik kerana waktu sekolah mana budak sekolah mampu beri hadiah, dia bagi kad hari jadi sahaja," katanya.

Nur Aisyah Shofiyah Rusli. gambar BERNAMA
Nur Aisyah Shofiyah Rusli. gambar BERNAMA

Berkongsi nasib sama, gadis berasal dari Kedah, Nur Aisyah Shofiyah Rusli pula berkata, setiap tahun beliau akan mengira berapa lama lagi akan bertemu lagi tarikh keramat itu kerana teruja untuk meraikannya bersama orang tersayang.

"Perasaan saya sambut hari jadi empat tahun sekali ini semestinya sedih sebab orang lain kan biasanya sambut setiap tahun tetapi saya kena tunggu tahun ke tahun baru timbul 29 Februari itu. Pada masa sama, saya rasa istimewa sebab ada tarikh hari jadi macam tu," kata gadis berusia 24 tahun itu.

Nur Aisyah Shofiyah, yang baru berpeluang menyambut ulang tahun kelahirannya sebanyak enam kali, turut mengakui bahawa sambutan kali ini lebih bermakna kerana ia kali pertama disambut bersama suami tercinta selepas mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Lain pula kisahnya dengan ahli perniagaan Muhamad Asyraf Mohtar, 28, yang secara 'tidak sengaja' terpilih 29 Februari sebagai tarikh perkahwinannya ketika negara dilanda COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, itu bukan alasan untuk tidak mencipta kenangan meskipun harus menyambut ulang tahun perkahwinan pada tarikh lain setiap tahun.

"Saya tidak rasa tarikh ini sebagai kekurangan untuk tidak menyambutnya. Benda yang peliklah kena buat. Biarlah tarikh ini datang empat tahun sekali tetapi saya tetap sambut setiap tahun... biarlah tarikh tak kena pun sekurang-kurangnya ada memori," katanya yang bakal menimang cahaya mata ketiga tahun ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran