web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunggakan Cukai: Mahkamah Batal Rayuan Muhammad Shafee Fail Tuntutan Balas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:07PM

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan beliau memfailkan tuntutan balas berhubung tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya beliau membayar cukai pendapatan tertunggak berjumlah RM9.41juta.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee adalah tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.

Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong, turut mengarahkan peguam veteran itu agar membayar kos sebanyak RM10,000. 

Muhammad Shafee diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wee Yeong Kang manakala peguam kanan LHDN Norhisham Ahmad, Al-Hummidallah Idrus, Norzilah N Hamod@Abdul Hamid dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause hadir bagi pihak LHDN.

Sementara itu, Rajan memaklumkan pemberita bahawa anak guamnya bebas memfailkan saman baharu.

Pada 13 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Muhammad Shafee untuk memperoleh kebenaran memfailkan tuntutan balas selepas mendapati ia bukan berpunca daripada tuntutan cukai sebaliknya tindakan mala fide oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara yang tidak termasuk dalam skop ditetapkan oleh peraturan yang melarang tuntutan balas. 

Pada 21 Disember tahun lepas, Muhammad Shafee diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM5.5 juta kepada LHDN selepas membenarkan  permohonan  LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap peguam itu.

LHDN, yang memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021, mendakwa peguam tersebut gagal menjelaskan keseluruhan tunggakan cukai pendapatan yang dikenakan ke atasnya berjumlah RM9,414,708.32 bagi tahun taksiran 2011, 2012,2013,2014 dan 2016. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad