web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JBPM Jemput Jawatankuasa Terlatih Dan Pakar Dalam Siasatan Anggota Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 6:29PM

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menjemput jawatankuasa terlatih dan pakar bagi bersama-sama dalam jawatankuasa khas untuk menyiasat punca insiden yang meragut nyawa anggota bomba lemas di Butterworth, dekat sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman, berkata jawatankuasa yang dijemput itu merupakan mereka yang betul-betul faham berhubung Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM supaya dapat memberikan syor untuk menambah baik pasukan itu.

"Siasatan secara dalaman dibuat oleh JBPM dan telah bermula, selepas itu hasil siasatan nanti akan kita ambil untuk penambahbaikan dalam pasukan terutama bagi PPDA di masa-masa akan datang.

"(Dapatan) itu kita akan tengok dari semua segi termasuk fasiliti dan latihan termasuk pengambilan pelatih dari segi syarat-syarat diwajibkan untuk menyertai PDDA, memang sekarang ini ada syarat-syaratnya (sertai PDDA) dan pelatih perlu lepasinya.

"Namun kita akan perketatkan lagi, supaya kompentensi tinggi dan syarat pun lengkap, agar perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohd Izwan Illias, 42, yang juga anggota PPDA Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth ditemukan lemas pada 23 Feb lepas dan malam sebelum mayatnya ditemukan itu beliau sedang melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Butterworth.

Mengulas lanjut, Ahmad Izram berkata, insiden itu kali pertama berlaku dalam pasukan bomba membabitkan kerja penyelenggaraan bot dan susulan itu katanya, pihaknya perlu melakukan penambahbaikan dalam prosedur operasi standard serta latihan.

"Kertas siasatan yang dijalankan itu ambil masa sebulan untuk disiapkan dan dalam jawatankuasa khas siasatan tersebut, kita turut jemput jawatankuasa terlatih yang betul-betul faham PPDA yang akan memberi cadangan kepada pihak bomba," katanya. 

Terdahulu Ahmad Izram yang juga Yang Dipertua Persatuan Kebajikan JBPM menyantuni lima anak arwah Mohd Izwan berusia enam hingga 16 tahun membeli barang keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Perda di sini.

Mohd Izwan meninggalkan seorang isteri Jamaliah Abd Majid, 42, dan lima anak iaitu llham Zulfaqar,16, Ihsan Zulfaqar, 15, Jannatul Husna,13, Izzul Zulfaqar, 10, dan Jenaira Aisyah, enam tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad