Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bunuh Teman Wanita: Bekas Guru Agama Terlepas Hukuman Gantung, Dipenjara 33 Tahun, 12 Sebatan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Feb 2024 4:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang bekas guru agama di sebuah sekolah di Selangor terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya, sembilan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Abdul Ra'of Mohd Dimyati, 35, selepas membenarkan rayuan akhirnya terhadap hukuman.

"Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 33 tahun dari tarikh tangkap (6 Mei 2015) dengan 12 sebatan," kata Hakim Zabariah yang bersidang bersama-sama Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. 

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Abdul Ra'of selepas didapati bersalah membunuh Nor Salina Nazir, 34, seorang peniaga dalam talian di kawasan lapang di tepi Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pada 8.30 malam, 5 Mei 2015, mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abdul Ra'of kemudian merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan pada 10 Ogos 2020 mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap perayu.

Terdahulu, peguam Muhammad Izzat Irfan yang mewakili Abdul Ra'of memberitahu mahkamah pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi pengecualian hukuman mati sejajar dengan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) selain memaklumkan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan. 

"Pindaan itu memperuntukkan hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan 12 sebatan. Oleh itu, saya mohon hukuman penjara tidak melebihi 35 tahun dikenakan terhadap perayu," katanya.

Menurut peguam itu, anak guamnya juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain insaf dan menyesal atas perbuatan yang dilakukan.

"Anak guam saya tidak mempunyai motif membunuh serta tiada perancangan awal untuk melakukannya. Dia menyesal atas kekhilafan dilakukan selain memohon maaf kepada keluarga si mati (mangsa).

"Perayu telah berada dalam penjara hampir sembilan tahun sejak tarikh tangkapan pada 6 Mei 2015. Mohon hukuman sewajarnya agar anak guam dapat pulang ke pangkuan keluarga," katanya. 

Timbalan Pendakwa Raya Fuad Aziz, yang mengesahkan pihaknya tidak membantah representasi itu memohon agar perayu dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 35 tahun dan sebatan minimum 12 kali. - BERNAMA

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11

Semasa 20 jam yang lalu

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Pengiktirafan Kerajaan