web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Negara Tidak Beri Kerjasama Untuk Rakam Percakapan Saksi Bank – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:28PM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri perbicaraan sebelum ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini empat negara tidak memberikan kerjasama ketika beliau membuat permohonan untuk merakam percakapan beberapa orang saksi bank berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nur Aida Ariffin, 37, berkata empat negara yang terdiri daripada Switzerland, Barbados, Hong Kong dan Belanda, tidak memberikan sebarang jawapan atau maklum balas ketika beliau membuat permohonan itu melalui Peguam Negara pada 2018 dan 2019.

"Satu-satunya negara yang memberikan kerjasama adalah Singapura, dengan saksi Kevin Michael Swampillai (saksi pendakwaan ke-44) yang merupakan bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura) telah memberikan keterangan kepada pasukan siasatan. 

"Seorang lagi saksi daripada bank sama iaitu Yak Yew Chee (bekas Pengarah Urusan Bank BSI) tidak mahu memberikan keterangan di sini (Malaysia)," katanya ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Ketika ditanya Muhammad Shafee mengenai keberadaan Yak, Nur Aida menjawab 'tidak tahu'.

Pada November 2016, Yak telah dipenjara selama 18 minggu dan didenda SG$24,000 oleh Mahkamah Singapura selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan memalsukan dan dua tuduhan gagal mendedahkan urus niaga mencurigakan berkaitan 1MDB. 

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-49 itu berkata, permohonan untuk merakam percakapan bertulis telah dibuat kepada Switzerland dan Singapura pada 23 Ogos 2018, Barbados pada 6 Mac 2019 manakala Hong Kong pada 22 Januari 2019.

Nur Aida berkata, beliau menghubungi lima negara berkenaan untuk memastikan kesahihan dokumen yang diperoleh pihak pendakwaan melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membantu siasatannya dalam kes dihadapi bekas perdana menteri itu.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar