web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Balu Tentera Maut Kemalangan Terima Manfaat Perkeso

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 4:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Balu Lans Koperal Mohd Hafiz Haris yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera di Gurun pada 2Feb, menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat, daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Kedah, Rak Boon Tan Rat, berkata manfaat tersebut layak diterima, kerana sebelum berkhidmat sebagai anggota tentera, Allahyarham pernah mencarum dengan Perkeso semasa bekerja di beberapa syarikat.

"Arwah mula mencarum dengan Perkeso sejak 1 Disember 2011 dengan caruman permulaan RM3.80 mengikut potongan gaji dan caruman yang ditetapkan.

"Sepanjang enam tahun bekerja dengan tujuh syarikat berlainan (sebelum berkhidmat sebagai tentera), arwah mempunyai 59 bulan caruman dengan kelayakan satu pertiga caruman bagi tuntutan faedah yang disediakan oleh Perkeso," katanya selepas menyerahkan bayaran faedah tersebut kepada balu Allahyarham, Nor Hasni Ishak, 32, di rumah keluarganya di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau dekat sini hari ini.

Rak Boon berkata, balu Allahyarham menerima RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Mayat dan pencen Penakat RM330 sebulan, akan dibayar secara berkala sepanjang hayatnya.

Sementara itu, Nor Hasni berkata, beliau sangat bersyukur dengan manfaat yang diterima, memandangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. 

"Saya berhenti kerja selepas berkahwin. Buat masa ini saya masih tinggal dengan keluarga arwah suami dan selepas habis tempoh edah, saya akan cuba cari kerja," katanya yang tidak mempunyai cahaya mata.

Pada 2 Februari, tiga anggota tentera berusia 30 hingga 40 tahun disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuh Raya Utara Selatan pada 10.45 pagi, terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Mohd Hafiz.

Ketiga-tiga anggota tersebut dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, sedang dalam konvoi melibatkan tiga kenderaan tiga tan menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis.

Kemalangan berlaku apabila salah sebuah trak tentera yang dalam konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebelah laluan kiri lebuh raya, sebelum dirempuh oleh sebuah trailer di lokasi kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad