web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permainan Upin & Ipin Menerusi Konsol Permainan Akan Dilancar September

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 4:58PM

Pengarah Urusan Les' Copaque Productions Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas 19 tahun membina populariti siri animasi Upin & Ipin, syarikat produksi animasi tempatan berkenaan Les' Copaque Productions Sdn Bhd bakal melancarkan permainan Upin & Ipin menerusi konsol permainan video pada September ini.

Pengarah Urusan Les' Copaque Productions Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, berkata permainan berbayar itu yang dibangunkan sejak tahun lepas, akan dilancarkan menerusi beberapa peranti konsol permainan yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata, syarikatnya membelanjakan RM15 juta bagi permainan berkenaan, yang dibangunkan sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di negara ini. 

"Selain Malaysia, sasaran kita sudah tentu di Indonesia yang memiliki penggemar ramai siri animasi ini. la merupakan satu lagi kejayaan syarikat kita menerusi Upin & Ipin," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, beliau berkata, siri animasi berkenaan terus mendapat tempat di Indonesia apabila tempoh tayangan lima jam sehari menerusi saluran MNCTV di negara berkenaan ditambah kepada sembilan jam sehari ketika ini.

Perkara itu, katanya, satu lagi kejayaan kepada syarikat yang ditubuhkan pada 2005 dan sehingga kini sudah berjaya meraih pelbagai anugerah menerusi siri Upin & Ipin yang diterbitkan pada 2007.

Burhanuddin berkata, setiap tahun sebanyak 42 siri animasi baharu Upin & Ipin ditayangkan di negara berkenaan dan syarikatnya mendapat keuntungan menerusi iklan yang disiarkan dalam tempoh siaran berkenaan. 

Dalam pada itu, beliau yakin pembinaan Taman Tema Upin Ipin di Alor Gajah, Melaka, sekiranya direalisasikan kelak mampu menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara pada masa hadapan, terutama daripada Indonesia.

Taman tema bertaraf antarabangsa yang dirancang untuk dibangunkan di atas tanah seluas 55.85 hektar itu dan bakal menelan belanja RM700 juta, dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 hingga 2027.

Sehingga kini, Upin & Ipin telah menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah Tokoh Filem Perpaduan pada sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2023 menerusi filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Upin & Ipin turut mengekalkan kemenangan pada Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 menerusi kategori Program Animasi Asing yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 27 November 2021. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Permainan Video Upin & Ipin Bakal Hadir Ke PS4, Switch

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar