web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Pukul Lelaki Sampai Maut: Reman 5 Individu Disambung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 3:10PM

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh reman terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat sini, Selasa lepas disambung empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan ringkas, berkata kesemua yang berusia 22 hingga 52 tahun disambung hingga reman hingga Khamis ini.

Jumaat lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, selain lima lelaki berkenaan, pihaknya turut menahan dua lagi lelaki berusia 23 dan 40 tahun di Kajang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dengan kedua-duanya direman lima hari hingga Selasa ini.

Beliau berkata, dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.

Pada Rabu, media melaporkan lelaki berusia 42 tahun diikat tangannya sebelum ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul hingga maut 

Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan dan beberapa kenderaan lain.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikatakan telah dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar