web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AADK Sasar Tukar Status 16 Kawasan Berisiko Tinggi Kepada Berisiko Rendah Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 3:03PM

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon, bercakap kepada media selepas Program Walkabout Perdana sempena Peringatan Hari Antidadah 2024 di Pantai Puteri, Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan 16 kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi (KBT) penagih dadah untuk ditukar statusnya menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon, berkata ia adalah antara usaha pihaknya untuk menurunkan unjuran pengukuran keparahan penagihan dadah di negara ini daripada 437 kes bagi setiap 100,000 penduduk, kepada 400 kes,menjelang tahun 2025.

"Jadi antara usahanya adalah untuk memastikan 155 kawasan yang dikenal pasti sebagai KBT menjadi KBR dalam tempoh lima tahun bermula 2021," katanya dan menambah tahun lepas 77 KBT berjaya ditukar status kepada KBR.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Program Walkabout Perdana sempena Peringatan Hari Antidadah 2024 di Pantai Puteri di sini hari ini, yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem.

Mengulas lanjut, katanya, sepanjang tahun lepas daripada 19,820 penagih yang menjalani Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan dinilai, 14,890 penagih dadah didapati telah pulih sepenuhnya. 

Sementara itu, Sutekno berkata, AADK turut menyasarkan penyertaan satu juta ahli Skuad AADK, terutama dalam kelangan golongan belia tahun ini.

Beliau berkata, setakat ini AADK telah berjaya menarik lebih 150,000 individu dan pelbagai usaha sedang dilakukan untuk mencapai sasaran tersebut termasuk menarik keahlian daripada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi, sekolah dan komuniti.

"Sukarelawan ini tidak semestinya buat ceramah antidadah semata-mata tetapi kita mahu skuad ini boleh buat aktiviti yang sihat sebagai salah satu cara mencegah penagihan dadah," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad