web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM599 Harga Maksimum Tiket Ke Sabah, Sarawak, Labuan Sempena Aidilfitri – Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 12:28PM

Harga maksimum RM599 bagi tiket penerbangan sehala kelas ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan ditetapkan bagi tempoh tiga hari menjelang Aidilfitri. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELEBU - Kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

"Memang kita ada dasar untuk semua perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Gawai, Keaamatan dan Krismas, tiga hari sebelum raya, kerajaan akan tetapkan harga maksimum itu. Dalam Semenanjung tiada harga maksimum sebab ada mod pengangkutan lain seperti bas dan kereta api.

"Kalau yang beli awal (tiket penerbangan) mungkin dapat harga lebih murah, tapi kalau ada kekurangan tiket maka harga akan melambung...sebarang kenaikan daripada RM599 akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah  tanah bangunan  baharu bertingkat sebuah sekolah di sini hari ini.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, bagaimanapun kementerian akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan. 

"Saya difahamkan raya tahun ini mungkin Rabu (12 April) atau lebih awal, kita anggarkan tahun ini waktu puncak (orang pulang) adalah pada Sabtu (9 April) dan Ahad (10 April) sebelum raya, jadi penetapan kita mungkin pada hujung minggu tersebut, itu anggaran tapi kita kena dapatkan pandangan lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah berkata, syarikat penerbangan turut menyediakan penerbangan tambahan selain ada yang menawarkan harga tetap untuk penerbangan tertentu pada waktu malam.

"Umpamanya AirAsia, mereka ada tawarkan harga tetap yang murah untuk penerbangan pada waktu malam, hanya beberapa penerbangan khas setiap hari, itu akan dilancarkan pada Mac nanti,” katanya. 

Sementara itu, ditanya mengenai terdapat individu yang menyewa helikopter untuk pulang ke kampung halaman pada musim perayaan, Loke berkata, perkara itu belum menjadi norma masyarakat namun sebarang bentuk penerbangan mesti didaftarkan kepada pihak berkaitan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad