web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sertai Acara Menarik, Jualan Murah Di Hari Kedua Program MADANI Rakyat Zon Tengah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 10:31AM

Pengunjung boleh membeli bakul Kombo MADANI yang mengandungi barangan keperluan asas seperti telur pada harga RM10. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada hari kedua Program MADANI Rakyat yang berlangsung di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini bermula dengan larian Langkah Ceria yang diadakan seawal 7.40 pagi.

Seramai 500 peserta terawal yang mendaftar bagi larian sejauh empat kilometer itu berpeluang mendapatkan baju larian secara percuma, selain turut berkesempatan untuk memenangi cabutan bertuah.

Sementara itu di sebelah pagi hingga tengah hari, acara mewarna kanak-kanak dan pertandingan menulis khat kaligrafi Islam turut diadakan di Stadium Utama.

Orang ramai juga boleh mengikuti pelbagai acara yang diadakan di reruai kementerian antaranya persembahan kebudayaan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, program kesihatan di Kementerian Kesihatan dan Karnival Kerjaya oleh Kementerian Sumber Manusia.

Di sebelah petang sehingga malam pula pengunjung akan disajikan dengan hiburan di Stadium Utama iaitu Konsert Indie dari 4.30 petang hingga 6.30 petang dan Konsert Showcase Kita Selangor 2024 bermula 8 malam hingga 10 malam dengan kehadiran artis antaranya kumpulan Floor 88, Yonnyboii dan lera Milpan. 

Selain itu sebanyak 3,000 bakul Kombo MADANI dengan harga RM10 setiap satu yang mengandungi barangan keperluan asas seperti telur, minyak masak peket, bawang serta beberapa jenis sayuran dan barangan jenama Agromas seperti bihun, kordial dan beberapa barangan lain dengan penjimatan sebanyak RM5 menanti pengunjung yang hadir hingga 25 Feb.

Sebanyak 5,500 ekor ayam disediakan untuk dijual pada RM10 seekor, ikan beku RM6 sekilo, daging beku RM10 sekilo dan pelbagai lagi barangan pada program tiga hari yang bermula semalam.

Sebanyak 1,000 topi keledar percuma disediakan di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pengunjung terawal setiap hari sepanjang tempoh tiga hari program itu berlangsung dan orang ramai perlu membawa topi keledar sedia ada dan lesen memandu bagi proses penukaran. 

Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung selama tiga hari dan dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam itu adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad