web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tetap Pertahan Kedudukan Perlembagaan Persekutuan – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 12:44PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

"Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153," katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 hari ini.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang menilai semula adakah keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

Hassan mempersoalkan dasar afirmatif berkenaan yang didakwanya telah dirampas dan dimanipulasi oleh segolongan elit bumiputera. 

KEB 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)bertujuan mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 minit yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad