web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Lemas Beria-ia Mahu Beriadah Di Pantai Sebelum Menemui Ajal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 8:19AM

Nora Elina Abdul Khalit bersama ahli keluarganya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Balu kepada Allahyarham Zulkarnain Mohamed Zubir yang ditemukan lemas berkata arwah suaminya beria-ia mahu beriadah di pantai ketika sampai di Kuala Terengganu, Jumaat lepas.

Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata beliau tidak menyangka percutian mereka sekeluarga buat pertama kali di Terengganu itu, berakhir dengan tragedi.

Bagaimanapun, beliau tetap reda dan menganggap pemergian arwah sebagai ujian Allah, yang mahu mengurniakan nikmat syahid kepada suaminya yang berusia 44 tahun itu.

"Arwah ketika sampai dan sebelum datang (ke Terengganu) selalu sebut nak mandi pantai...nak mandi pantai. Itu sahaja yang dia asyik cakap.

"Selain bercuti saya juga sebenarnya datang atas tujuan kerja iaitu memberi taklimat di Balai Raya Tokku (di sini) Sabtu lalu," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam.

Nora Elina berkata, walaupun sedih, beliau berasa amat lega kerana mayat arwah suaminya ditemukan dalam tempoh singkat, serta dapat dikebumikan dengan sempurna. 

Justeru, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutama agensi keselamatan, yang bertungkus-lumus mencari mangsa.

"Saya tak putus-putus berdoa supaya jenazah suami dapat ditemui dan dikebumikan dengan baik. Doakan supaya arwah dikurniakan mati syahid idaman setiap orang Islam," katanya.

Nora Elina berkata, jenazah dibawa pulang ke Kuala Lumpur malam tadi, selepas selesai urusan bedah siasat dan akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9Kota Damansara di Selangor. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad