web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas ADUN Air Putih Bebas Tuduhan Cabul Isteri Kepada Rakannya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:13PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada pertuduhan mencabul isteri kepada rakannya, empat tahun lalu.

Majistret Amalina Basirah Md Top memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan, gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Wan Ahmad Nizam, 58, di akhir kes pendakwaan.

"Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil untuk membela diri," katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, manakala Wan Ahmad Nizam diwakili Peguam Haijan Omar, Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Abu Bakar Hamzah.

Perbicaraan kes itu bermula 5 Oktober 2022, dengan seramai tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan.

Pada 29 Jun 2021, Wan Ahmad Nizam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berumur 51 tahun itu, dengan maksud mencabul kehormatannya, di dalam sebuah ruang bersebelahan bilik tidur utama di sebuah kediaman di Taman Bukit Melawati, antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, 20 Julai hingga 15 Ogos 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 minit yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad