web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beberapa Mekanisme Boleh Dipertimbang Tambah Baik Perlindungan Penggiat Seni, Pengamal Media

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 9:14AM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika bercakap dengan media pada program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa mekanisme boleh dipertimbang dalam usaha menambah baik liputan perlindungan kepada penggiat industri seni dan pengamal media khususnya wartawan sambilan di negara ini.

Beliau berkata, ini termasuk mengembangkan skim perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada individu bekerja sendiri untuk mencarum bagi membolehkan mereka mendapat manfaat pencen ilat dan pencen penakat.

"Bagaimanapun, masih awal untuk kita putuskan kerana ini bergantung kepada beberapa perkara yang dalam perkiraan Perkeso tetapi esok saya akan adakan pertemuan dan mesyuarat bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong serta pihak Perkeso.

"Ini adalah pertemuan rasmi pertama untuk kita meneliti beberapa aspek dan saya harap dalam masa yang tidak terlalu lama, kita akan ada berita gembira untuk para seniman, pelakon, kru produksi dan penggambaran, warga media serta golongan e-hailing," katanya kepada pemberita semasa program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai malam tadi.

Fahmi diminta mengulas kenyataan beliau hari ini bahawa kerajaan MADANI sedang berusaha menambah baik skim bagi melindungi serta meningkatkan kebajikan seniman dan ahli keluarga mereka. 

Mengulas cadangan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) agar pelepasan cuti khas pada 1 Februari diberikan kepada semua kru penggambaran seluruh negara, beliau berkata perkara itu belum dipertimbang di peringkat kementerian.

"Namun saya akan minta pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk teliti beberapa penambahbaikan, sebagai contoh melalui penyediaan kontrak standard yang boleh menjadi garis panduan kepada semua syarikat yang membuat penggambaran dan mendapat Sijil Perakuan Penggambaran Filem (SPP).

"Ini penting kerana kita lihat ada keperluan untuk memastikan semua terutama kru mendapat perlindungan, jadi saya lihat ada beberapa perkara praktikal yang perlu kita utamakan.

“Apapun, saya sedia bertemu dengan rakan-rakan Profima dan persatuan lain untuk teliti cadangan ini," katanya. 

Pada awal Februari lepas, Presiden Profima Khalil Saleh memaklumkan bahawa langkah mewajibkan pelepasan cuti khas pada 1 Februari untuk semua kru penggambaran di seluruh negara menjadi antara lima perkara yang diangkat dalam Resolusi Banding kepada Finas.

Beliau berkata penghargaan di peringkat kebangsaan itu adalah bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan golongan tersebut kepada industri kreatif negara yang selama ini sentiasa dipandang remeh. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad