web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 800 Warga Asing Diperiksa Di Pusat Bandar Seremban

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:31AM

Sebahagian daripada pendatang asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Seremban petang semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Lebih 800 warga asing diperiksa di sekitar pusat bandar di sini menerusi operasi bersepadu polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata serbuan hampir tiga jam itu dilakukan di lorong bangunan dan premis kosong yang menjadi kawasan tumpuan warga asing berkumpul terutamanya pada hujung minggu.

Beliau berkata, 835 lelaki dan 79 wanita warga asing diperiksa kebanyakannya warga Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia.

"Polis turut menahan beberapa individu didapati menghalang penjawat awam melakukan pemeriksaan, ada dalam kalangan warga asing ini diserahkan kepada imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini semalam. 

Mohamad Hatta berkata, risikan di kawasan terbabit telah dilakukan tiga minggu sebelum operasi dijalankan bagi mengesan kawasan tumpuan warga asing tersebut.

Sementara itu, Pengarah Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad, berkata 13 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik premis perniagaan terutamanya restoran dan kedai runcit.

Beliau berkata antara kesalahan itu ialah jumlah pekerja warga asing melebihi syarat ditetapkan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad