web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Penoreh Memotong Getah Pada Waktu Malam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 4:19PM

Penoreh getah di Felda Laka Selatan di Changlun, Kedah terpaksa menoreh pada waktu malam kerana cuaca panas bukan saja menyebabkan mereka cepat letih malah susu getah juga berkurangan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri ini memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam untuk mendapatkan hasil pengeluaran susu getah yang lebih.

Penoreh dari Felda Laka Selatan di Changlun, Mohd Jamil Shahbidin, 63, berkata suhu panas pada siang hari menyebabkan pengeluaran susu getah berkurangan sekali gus menjejaskan pendapatan penoreh.

"Kalau kami menoreh siang, kami mula pada 6 pagi dan selesai pada 9 pagi, kemudian cuaca sudah mula panas, susu getah hanya sempat mengalir dua jam sebelum berhenti menitik.

"Kalau menoreh malam, susu getah dapat terus keluar hingga empat jam, jadi hasil pengeluaran susu itu lebih lagi berbanding dengan menoreh pada waktu siang," katanya ketika ditemui di felda berkenaan malam tadi.

Mohd Jamil yang juga Pengerusi Biro Ladang di felda itu berkata, lebih 70 peneroka di situ telah beralih menoreh di ladang getah masing-masing pada waktu malam bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

"Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, kalau menoreh siang mungkin boleh dapat hasil 700 kilogram getah sebulan, tapi kalau menoreh pada waktu malam, hasil boleh mencapai satu tan sebulan," katanya.

Bagi seorang lagi penoreh, Rodhi Md Rejab, 47, cuaca panas menyebabkan daun pokok getah luruh dan menjadikan kawasan ladang getah agak panas apabila matahari mula menyinar.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan penoreh tidak mampu menahan terik pada waktu siang dan terpaksa pulang awal walaupun ada pokok yang masih belum ditoreh.

"Kalau menoreh pada waktu siang, pukul 9 pagi terpaksa berhenti sebab cuaca terlalu panas, kalau malam kami boleh menoreh lama sikit dan banyak pokok yang boleh ditoreh, hasil pun akan bertambah," katanya.

Menurut Rodhi kebiasaannya penoreh akan ke ladang getah masing-masing selepas waktu isyak atau 10 malam dan selesai menoreh pada pukul 2 atau 3 pagi.

Bagi Mohd Nor Hamid, 75, walaupun menoreh pada waktu malam agak berisiko kerana keadaan gelap selain ancaman haiwan liar dan berbisa, dia terpaksa melakukannya bagi memperoleh pendapatan.

"Sebelum masuk ke ladang getah kita perlu bersedia, bawa lampu, pakai pakaian sesuai, pakai kasut but, kita juga kena pastikan ladang bersih daripada semak samun," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad