web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setiausaha Akhbar, UKK Perlu Rangka Naratif Lawan Fitnah, Tipu Daya – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 8:42AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi dialog bersama setiausaha akhbar dan UKK kementerian ketika menutup Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya. - gamabr BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat, selaku jentera utama komunikasi kerajaan, memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini terutama sekali dalam menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.

"Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yangcpasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya, yang menjadi kesinambungan daripada Pemukiman Jemaah Menteri bulan lepas.

Perdana Menteri berkata, beliau meletakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.

Beliau turut melahirkan keyakinan pemukiman itu dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat.

Turut hadir dalam program pemukiman selama dua hari yang bermula Jumaat ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad