web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebocoran Gas Ammonia: Keadaan 18 Mangsa Termasuk 2 Ibu Hamil Stabil – KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 4:23PM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 18 mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital sekitar Lembah Klang susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam, semalam, dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata 10 mangsa dimasukkan ke Hospital Shah Alam dan lima lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, manakala tiga individu di Hospital Sungai Buloh.

"Keadaan mereka stabil, 14 daripada mereka mengalami gejala ringan yang boleh dirawat seperti pesakit luar.

"Empat mangsa lagi termasuk dua ibu mengandung dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan, namun tiada kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia di sini hari ini, sebagai mengulas status mangsa kebocoran gas ammonia yang sedang dirawat di fasiliti KKM.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar Semalam dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.15 pagi berhubung kejadian tersebut dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati kebocoran berlaku apabila jentera pengangkat terlanggar injap satu tangki ammonia, ketika kerja mengalihkan tangki tersebut, manakala pihak kilang telah menghubungi vendor untuk pembaikan injap terbabit dan operasi tamat pada 6.30 petang Jumaat. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad