web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukuman Terhadap Pengasuh Indonesia Sembunyi Kelahiran Ditangguh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 12:39PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Hukuman terhadap seorang pengasuh warga Indonesia Yuni Widya Sari, yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran, ditangguhkan ke 22 Mac ini.

Majistret, Nur Shahida Abd Rahim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan laporan bedah siasat dilengkapkan sebelum hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh yang berumur 28 tahun itu.

Sebelum ini, pengasuh berasal dari Medan, Indonesia itu mengaku bersalah pada 11 Januari lalu atas tuduhan menyembunyikan kelahiran pada Disember 2023.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didapati menyembunyikan kelahiran dengan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara di sini pada jam 6.30 pagi, 21 Disember tahun lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PM Umum Anggota Kabinet Jam 8.15 Malam Ini

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran