web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Kampung Jerai Minta Henti Projek Pasir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 12:31PM

Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai, Bukit Selambau membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan serta menjejaskan kelestarian alam sekitar di kawasan terbabit. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai, Bukit Selambau dekat sini membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan serta menjejaskan kelestarian alam sekitar di kawasan terbabit.

Wakil penduduk Abd Rais Lah Omar, 54, berkata selain laluan keluar masuk ke tapak projek berdekatan dengan lima kediaman penduduk menyebabkan kekotoran serta gangguan pernafasan akibat pencemaran debu yang tebal.

"Keselamatan dan kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar tapak projek terjejas terutama penduduk di Lot 321 dan 3164.

"Akibat daripada projek pasir itu juga terhasil lombong sangat luas dan dalam, jaraknya hanya 30 meter dari sempadan tanah (kediaman) berdekatan," katanya selepas membawa pemberita meninjau tapak projek pasir di Kampung Jerai dekat sini, petang semalam.

Katanya, pemilik tanah berhampiran tapak projek yang berjalan lebih kurang setahun lepas itu juga mengalami kerugian akibat daripada susut nilai tanah berikutan kesan perlombongan pasir.

"Kami berharap bantahan ini menarik perhatian pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut dan menyeluruh. Kami juga harap tiada lagi kelulusan menyedut pasir dikeluarkan selepas ini," katanya.

Seorang penduduk Siti Ramlah Husin, 63, berkata dia yang sejak lahir tinggal di kampung tersebut berasa tidak senang dan risau jika kawasan lombong pasir terhakis sehingga hampir ke kawasan rumahnya.

"Keadaan jadi bising. Mak saya dah tua, mata tak nampak, umur 84 tahun. Jadi, tertekan sebab bunyi jentera tak berhenti," katanya.

Abdul Hadi Ahmad, 39, pula berkata, dia berasa tidak tenteram kerana ramai kanak-kanak di kampung itu dan kawasan lombong menjadi sangat berbahaya jika mereka bermain di kawasan berkenaan.

"Tengah malam pun ada lori keluar masuk. Kalau boleh, tutup kuari pasir ini sebab dekat dengan rumah orang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad