web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar, Juruterbang Belum Ditemui

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 4:11PM

Anggota bomba dan penyelamat di lokasi kapal terbang terhempas di kebun sawit Kampung Tok Muda, Kapar. - gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat ringan dua tempat duduk terhempas di kawasan kebun sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, dekat sini, kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, juruterbangnya masih belum ditemui di kawasan terhempas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai nahas udara berkenaan pada jam 1.56 tengah hari, sebelum sepasukan anggota dan pegawai bomba dikerahkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke lokasi.

Serpihan pesawat ringan yang terhempas.
Serpihan pesawat ringan yang terhempas.

“Sebaik anggota tiba di lokasi, kami mendapati memang benar berlaku kejadian kapal terbang terhempas dan ketika ini kerja mencari mangsa sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita.

Nahas itu disedari penduduk setempat yang sempat merakam kejadian sebelum ia tular di media sosial.

Melalui satu video yang tular, kelihatan serpihan kapal terbang berkenaan berserakan di kawasan kebun sawit penduduk di kampung berkenaan.

@getaranmy

Laporan dibuat penduduk di Kg Tok Muda, Kapar dan pihak berkuasa kini sedang membuat pengesahan kejadian yang berlaku sekitar 1.10 tengahari ini. #getaranmy #getaran #berita #terkini #semasa #trending #viral

♬ original sound - Getaran

Berdasarkan kepada beberapa keping gambar dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, didapati model kapal terbang berkenaan adalah Gabriel BK160-TR yang dibina oleh Blackshape, sebuah syarikat pengeluar di Itali.

Plat besi yang mempunyai identifikasi pesawat.
Plat besi yang mempunyai identifikasi pesawat.
Logo pada serpihan pesawat.
Logo pada serpihan pesawat.

Hasil carian mendapati kapal terbang yang terhempas itu berkemungkinan milik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST) yang berpangkalan di Singapura.

Melalui laman sesawang AST, model Gabriel BK160-TR direka bentuk sebagai pesawat latihan asas ketenteraan, berfungsi untuk pemilihan dan pengenalan kadet kepada penerbangan.

Model itu dikatakan mempunyai kebolehan untuk ‘debriefing’, fungsi ‘override’ bagi jurulatih serta pengawasan kadet dalam pesawat.

Model sama dengan pesawat yang terhempas yang diperolehi di laman sesawang AST. - gambar AST Pte Ltd
Model sama dengan pesawat yang terhempas yang diperolehi di laman sesawang AST. - gambar AST Pte Ltd

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan kejadian berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud, dalam satu kenyataan, berkata pesawat berkenaan, dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada jam 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi.

Kenyataan media CAAM berhubung kejadian.
Kenyataan media CAAM berhubung kejadian.

Beliau yang mengesahkan kejadian, berkata hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 tengah hari, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan lanjut, selaras peruntukan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016. – Getaran, 13 Februari 2024

Kredit foto: JBPM Selangor

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad