web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MB Johor Umum Penstrukturan Semula Portfolio Exco 2024-2027

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 3:04PM

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bergambar bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas Istiadat Pelantikan hari ini. - gambar FB Onn Hafiz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor bagi2024-2027, dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Aznan Tamin sebagai muka baharu barisan pentadbiran negeri itu.

Onn Hafiz berkata, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan dan penstrukturan semula itu serta berangkat ke Istiadat Pelantikan hari ini.

Beliau berkata Aznan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor yang baharu menggantikan ADUN Johor Lama Norlizah Noh.

'Saya percaya dan yakin pelantikan dan penstrukturan semula portfolio barisan Exco ini mampu memacu negeri Johor ke arah yang lebih baik dan semuanya berupaya menggalas tugas dan tanggungjawab diberikan dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti.

Saya sedar dan insaf, sepanjang tempoh hampir dua tahun perkhidmatan ini, masih banyak yang perlu dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Onn Hafiz yang sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor, menambah Pelancongan dalam portfolio beliau.

Berikut senarai Exco dan portfolio masing-masing:

1.Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Machap) - Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Johor

2. Datuk Zahari Sarip (ADUN Buloh Kasap) - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor

3. Datuk Mohd Jafni Md Shukor (ADUN Bukit Permai) - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

4. K. Raven Kumar (ADUN Tenggaroh) - Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor

5. Khairin - Nisa Ismail @ Md On (ADUN Serom) - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor

6.cMohd Hairi Mad Shah (ADUN Larkin) - Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor

7. Mohd Fared Mohd Khalid (ADUN Semerah) - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor

8. Ling Tian Soon (ADUN Yong Peng) - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor

9. Lee Ting Han (ADUN Paloh) - Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor

10. Mohamad Fazli Mohamad Salleh (ADUN Bukit Pasir) - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor

11. Aznan Tamin (ADUN Tanjung Surat) Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor

- BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad