web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Isteri Maut Rempuh Kenderaan Rosak Di Laluan Kecemasan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 8:38AM

Kenderaan Mitsubishi Triton yang dilanggar pasangan berkenaan. - gambar Polis Hulu Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pasangan yang menunggang motosikal Yamaha NMAX itu dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas bercuti di kampung mereka di Kamunting, Perak.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun kerana tidak menyedari kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami kerosakan.

"Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa terpelanting di sebelah kanan jalan dan terkena pada Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun yang sedang melalui jalan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berkata proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar