web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Belang 'Yob Kuang' Masuk Perangkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 6:13PM

Harimau belang jantan yang diberi nama Yop Kuang selepas memasuki perangkap dipadang Perhilitan Perak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kebimbangan penduduk susulan kemunculan seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, berakhir apabila haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, hari ini.

Penolong Pengarah Kanan Perhilitan Perak Nor Hani Abdul Samat, berkata mamalia seberat 156 kilogram dan dianggar berusia enam tahun itu memasuki perangkap sekitar 11 pagi tadi.

"Perangkap ini kami pasang semalam (9 Februari) selepas siasatan dilakukan melalui kamera yang dipasang di kawasan laluan harimau itu.

"Dari segi fizikal, harimau yang kami namakan sebagai 'Yop Kuang' ini nampak sihat dan dipercayai daripada populasi harimau Hutan Simpan Bukit Kinta kerana hutan simpan itu hanya terletak 2.4 kilometer dari lokasi perangkap dipasang," katanya kepada pemberita di Kampung Ulu Kuang di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan penangkapan itu membuktikan bahawa Perhilitan negeri sentiasa mengambil serius terhadap aduan oleh mana-mana pihak terutama berkaitan penemuan haiwan liar.

Semalam, Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff mengesahkan pihaknya menerima aduan berhubung serangan harimau di kampung berkenaan yang dihuni lebih 2,000 penduduk.

Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan siasatan awal yang dilakukan pada 8 Februari lepas mendapati ada binatang ternakan penduduk di kampung berkenaan diserang harimau itu.

Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Kuang Hamdan ishak, 57, melahirkan kelegaan ekoran kejayaan penangkapan harimau belang itu yang dipercayai mengancam penduduk sejak setahun lepas.

"Kita juga nak ucapkan terima kasih kepada pihak Perhilitan atas tangkapan harimau ini dan sudah tentu kami rasa amat lega serta boleh kembali lakukan aktiviti tanpa sebarang rasa takut," katanya.

-BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad