web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Residivis Bekas Banduan Catat Penurunan - Shamsul Anuar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 8:36AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah pada majlis Pelepasan Ihsan MADANI sempena Tahun Baharu Cina 2024 dan penyampaian watikah Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Sembilan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kadar residivis atau jenayah berulang dalam kalangan bekas banduan di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak satu peratus kepada 17.06 peratus tahun lepas, berbanding 18.06 peratus pada 2022.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata kadar pengurangan salah laku jenayah itu jika ditukar kepada angka sebenar memberi petunjuk bahawa seramai 3,600 pesalah berjaya ditempatkan semula ke dalam masyarakat.

"Pencapaian ini juga membolehkan sekurang-kurangnya 10,800 ahli masyarakat mendapat kelegaan hasil daripada kepulihan ahli keluarga mereka yang pernah melakukan kesalahan, mengambil kira tiga ahli keluarga utama iaitu ibu, bapa dan pasangan hidup.

"Pada tahun lepas, seramai 15,138 pesalah diluluskan oleh jawatankuasa untuk mengikuti program pembebasan banduan secara lesen (PBSL). Walaupun jumlah ini dilihat kecil berbanding jumlah populasi pesalah, namun ia memberi impak kepada pengurangan kadar residivis dalam kalangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelepasan Ihsan MADANI sempena Tahun Baharu Cina 2024 dan penyampaian watikah Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Sembilan di sini semalam.

Shamsul Anuar berkata pencapaian terbaik bagi pengurangan residivis adalah dalam kalangan mereka yang menjalani program dalam komuniti iaitu 0.28 peratus, sekali gus membuktikan program pembetulan komuniti seperti PBSL amat berkesan dalam membantu proses integrasi semula.

Jelasnya, pencapaian itu turut memberi kelegaan kepada masyarakat daripada menjadi mangsa jenayah.

Beliau berkata Jabatan Penjara juga dalam rangka persediaan untuk melaksanakan inisiatif penahanan rumah (home detention) yang diluluskan Januari lepas, dalam masa terdekat.

Sementara itu, beliau berkata jumlah peserta yang dibebaskan dan menjalani program Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah PBSL seluruh negara ialah sebanyak 1,092 individu termasuk 44 orang yang diraikan hari ini.

"Kepada peserta PBSL, sebagaimana pengalaman yang pernah dilalui oleh rakan-rakan terdahulu, ambillah kesempatan ini untuk kembali semula ke pangkuan ahli keluarga dan masyarakat anda dengan memulakan episod baharu dalam kehidupan," katanya.

Terdahulu, seramai 13 Ahli Lembaga Pelawat Penjara bagi sesi 2023/2024 dilantik bagi melaksanakan tugas dan peranan yang digariskan oleh undang-undang termasuk menganggotai jawatankuasa penilaian PBSL di peringkat negeri.

"Inisiatif ini sudah pastinya akan membantu dalam proses penempatan dan sokongan ini amatlah diperlukan dalam proses pemulihan dalam komuniti," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad