web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Kluster Pasai Pengajaran Untuk Tidak Balik Kampung Sambut Gawai - Uggah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 9:56AM

Penjawat awam Monica Gerry, 28, yang menetap di Kuching, mengadakan panggilan video dengan sepupunya, Amanda Nayra, 32, dan Catohrinner Nayra, 30, (kiri) yang berada di Sri Aman ketika masyarakat Dayak di Sarawak Hari Gawai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta komuniti Dayak di negeri ini menjadikan Kluster Pasai sebagai pengajaran untuk tidak pulang ke rumah panjang atau kampung mereka semasa perayaan Gawai tahun ini yang disambut hari ini.

Beliau berkata kluster di daerah Sibu itu yang dikategorikan kes Import B iaitu membabitkan aktiviti rentas negeri dan majlis pengebumian, muncul sebagai kluster yang menjadi penyumbang utama kes di negeri ini sehingga mencecah 2,963 kes dengan 29 kematian.

"(Berikutan kes-kes ini), saya memohon kepada komuniti Dayak, tolong jangan pulang ke rumah panjang dan kampung anda tahun ini. Bagi mereka yang berada di rumah panjang dan kampung, jangan mengadakan perhimpunan, ‘rumah terbuka’ dan ‘ngabang’. Patuhi SOP (prosedur operasi standard) sambutan Gawai dengan penuh keyakinan, disiplin dan tanggungjawab,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Gawai.

Menurut Uggah, sebanyak 634 rumah panjang di seluruh Sarawak telah dikenakan perintah sekatan  dengan 3,894 kes positif direkodkan setakat ini dan pihak berkuasa kesihatan melihat bahawa rantaian penyebaran jangkitan itu dikesan daripada perhimpunan sosial seperti pengebumian, perkahwinan, perayaan ulang tahun, gotong-royong dan aktiviti sabung ayam.

"Perhimpunan seperti itu, yang diadakan tanpa mementingkan jarak fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri, merupakan faktor utama penyebaran COVID-19. Perjalanan merentas negeri dan daerah yang tidak terkawal adalah antara sebab utama yang lain,” katanya.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata hanya 1.3 juta orang atau 54.4 peratus penduduk yang layak di Sarawak telah mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat ini dan beliau meminta mereka yang belum mendaftar untuk melakukannya menerusi aplikasi MySejahtera, di pejabat kesihatan atau daerah terdekat.

Menurut beliau bagi mempermudah program pemberian vaksin, sejumlah 279 pusat vaksinasi telah disediakan dengan 23 Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dan lima hospital swasta untuk memberikan perkhidmatan vaksinasi percuma dan pihaknya merancang untuk menambah 16 lagi GP dan dua lagi hospital swasta.

“Bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman, kami akan menggerakkan pasukan menerusi program capaian ke rumah panjang, kampung dan penempatan lain. Semua penduduk harus memanfaatkan sepenuhnya peluang ini,” katanya.

Uggah berkata walaupun perayaan Gawai tahun ini akan menjadi suram ekoran pelaksanaan SOP yang ketat, langkah-langkah berkenaan adalah perlu mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 termasuk kes yang semakin meningkat dan kemunculan varian baharu yang membimbangkan (VOC).

“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di rumah panjang dan kampung harus berperanan dalam komuniti masing-masing untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap SOP. Tolong bantu kami untuk menyelamatkan anda dan orang tersayang,” tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar