web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dukung Segala Usaha Pastikan Keadilan Masyarakat Ditegakkan – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 8:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya mendukung segala usaha dalam memastikan keadilan ditegakkan, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat sejagat termasuk warga Palestin.

"Maka, harus kita dukung sekalian usaha buat memastikan keadilan tertegak, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat. Bebas al-Quds! Merdeka Palestin! Moga kezaliman tumpas dan umat terbela," kata Anwar dalam perutusan bersempena sambutan Israk dan Mikraj 1445 Hijrah di Facebook semalam.

Anwar berkata umat Islam dituntut agar istigamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah yang merupakan syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa.

Beliau berkata ia turut terpakai dalam hal yang menggusarkan dunia sekarang ini berkaitan pemerasan ke atas rakyat Palestin.

Justeru, Anwar berkata: "Iktibar Israk dan Mikraj malar segar dan harus diperingatkan agar umat waspada dan berubah, sementelahan pula Baitulmuqaddis di Palestin itulah jua asas kepada, mikraj Baginda (Nabi Muhammad SAW) dalam pendakiannya menuju puncak cakerawala".

“Tentunya Rasulullah SAW diberi keistimewaan luar biasa tatkala baginda dibawa menerobos langit malam bagi menerima perintah baharu dari Yang Maha Esa, apatah lagi perjalanan itu sebagai mengubat hatinya yang pilu seusai pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib.

"Sementara perjalanan lsrak dan Mikraj itu menjadi penguat keimanan terhadap kerasulan baginda, peristiwa itu juga mengungkap 1001 iktibar yang dipertontonkan terkait soal akidah dan akhlak bagi seorang hamba. Maka hampir wajib ibrahnya dibugar di sepanjang zaman," katanya.

Selain daripada hantaran Perdana Menteri, Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook berkata Israk dan Mikraj adalah peristiwa besar dan bersejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW yang mesti diimani dan dipercayai.

Beliau berkata, ia adalah mukjizat yang mengingatkan umat Islam terhadap keagungan Allah SWT serta keteladanan baginda Rasulullah SAW.

“Semoga peristiwa mulia ini memberi inspirasi kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan yang soleh dan memperkukuhkan tapak keimanan kita dalam menghadapi apa juga cabaran kehidupan. Selamat beribadah.. salam Israk Mikraj," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad