web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Blue Lagoon' Diceroboh Lagi, Pihak Berkuasa Perlu Segera Bertindak!

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 4:34PM

Pencerobohan di 'Blue Lagoon' yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong semakin kerap berlaku walaupun jelas ia adalah kawasan larangan - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa termasuk Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor diminta segera bertindak menangani pencerobohan di Blue Lagoon, yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

Penuntut Ijazah Perhutanan (Pengurusan dan Pemuliharaan Hidupan Liar) Universiti Putra Malaysia (UPM), Yumi-san menerusi ciapan di X memberitahu, air terjun itu ialah kawasan larangan yang telah diwartakan.

Aktiviti vandalisme turut dikesan berlaku di 'Blue Lagoon' - gambar X
Aktiviti vandalisme turut dikesan berlaku di 'Blue Lagoon' - gambar X

Dia yang menggunakan akaun @qayyumraub berkata, pencerobohan tersebut bukan sahaja boleh menjejaskan mutu dan kualiti kajian, bahkan turut berpotensi mendatangkan bahaya.

“Tak selamat dah blue lagoon kami. Punya lah besar signboard No Entry ada juga yang menceroboh. Siapa yang menceroboh boleh kena denda 10K (RM10,000) tau. Tolonglah kesian dekat kami yang nak buat kajian dekat sekitar situ.

“Risaukan keselamatan yang datang situ. Dengan tak ada pakai life jacket,” keluhnya.

Respon penceroboh yang sama sekali tidak menampakkan rasa bersalah kerana memasuki kawasan larangan - gambar X
Respon penceroboh yang sama sekali tidak menampakkan rasa bersalah kerana memasuki kawasan larangan - gambar X

Katanya, papan tanda larangan sudah dipasang, malah pengurusan UPM turut meletak pita larangan, namun malangnya, ia tetap tidak berupaya menghalang penceroboh.

“Dah ada pacak signboard, siap kami pasang caution tape tapi ada juga yang degil nak ceroboh kawasan Blue Lagoon tu. 

“Dekat kolam kelawar tu lagi lah sampah bersepah sana sini. Mana tak tercemar ekosistem,” katanya, kesal.

Ciapan Yumi-san menerima pelbagai respon, malah ada netizen turut berkongsi foto dan rakaman video penceroboh yang dimuat naik di media sosial.

Hazxdnl di akaun @haziqdanial7388 yang mengulang ciap hantaran Yumi-san itu misalnya turut memuat naik video TikTok, memaparkan sekumpulan ‘penceroboh’ berkelah di kawasan larangan tersebut.

“Inilah dia, puak terpaling nature lover. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan UPM tak cakna ke? Dah makin kerap lalu kat fyp TikTok aku dgn puak ni,” katanya.

Menerusi video dimuat naik Haziq, jelas kelihatan sekumpulan gadis bertudung sedang mandi-manda di kawasan air terjun, manakala pemilik asal video pula sedang mencuci kasutnya di tempat berair cetek.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, kawasan terbabit dikenali sebagai Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), selepas pengurusan UPM menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk melanjutkan tempoh pajakan dan naik taraf Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

“Namun kini khabarnya banyak kegiatan pencerobohan berlaku. Dulu hanya untuk trekking, kini ada yang buat trek motorcross pun ada. Hutan ini adalah hutan simpan. Ada kes kematian kerana ada bahagian kolam yang dalam. Perlu penguatkuasaan lebih tegas,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2024

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar