web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Cedera Dilanggar Ketika Rondaan Cegah Jenayah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:47AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan, cedera setelah dilanggar lari sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, jam 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis berusia 34 tahun itu, bersama seorang lagi anggota yang sedang membuat rondaan cegah jenayah dengan menaiki motosikal, telah menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz biru dalam keadaan mencurigakan di jalan tersebut.

"Pemandu kereta (suspek) telah bertindak mengundurkan kenderaan dan terus melanggar motosikal mangsa, yang menyebabkan mangsa jatuh.

"Setelah melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur sekali lagi sehingga melanggar mangsa kali kedua dan memecut kereta meninggalkan tempat kejadian menghala ke Tanah Hitam," katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Yusri berkata akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Beliau berkata kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Mohd Yusri berkata pihaknya sedang giat mengesan pemandu kereta tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ipoh ASP Norazuna Rais Ahmad, di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad