web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boss Mario Ditemui Selamat, Sedang Dirawat Di Hospital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 9:11PM

gambar FB Boss Mario

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang dilaporkan hilang semalam, sudah ditemui dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Menerusi perkongsian di Facebook, team yewgadget memaklumkan  Boss Mario atau Yew Boon Xiang, 30, sedang dirawat kerana keadaan badannya yang lemah.

"Alhamdulillah boss mario telah selamat dijumpai, terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi kerjasama dalam kes ini. 

" Boss mario sekarang sedang dirawat dan memerlukan rehat yang cukup kerana faktor badan yang lemah. 

"Harap semua yang melihat boleh sama-sama doakan agar kesihatan boss mario kembali terjamin dan boleh bersama-sama staff semula," katanya.

Memetik laporan portal Bharian, misteri kehilangan pempengaruh media sosial Boss Mario, terjawab apabila pemuda itu didapati mendiami sebuah rumah kosong yang terbiar di Klebang, di sini, sejak Jumaat lalu.

Usahawan berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian kerana dibebani tekanan kerja, justeru menyembunyikan diri dipercayai untuk mencari ketenangan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dipetik berkata selepas tiga hari berada di rumah usang itu, Boon Xiang dikatakan ke sebuah hospital swasta di Banda Hilir dengan menaiki Grab kerana mahu mendapatkan rawatan akibat tekanan itu.

Semalam, media melaporkan kehilangan Boss Mario selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok.

Berita kehilangannya dilaporkan abangnya di Balai Polis Batang Tiga pada 9.35 malam semalam, selepas pempengaruh itu tidak menjawab panggilan telefon sejak jam 8 pagi. - Getaran, 4 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Ditemukan Selamat, Seorang Cedera - Bomba

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Alhamdulillah, Semuanya Selamat…’ - Ah Pek

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Mayat 2 Pemancing Lemas Ditemui

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad