web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Ahli Baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 Dimuktamad Bulan Ini - Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 5:07PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, draf memorandum penstrukturan semula jawatankuasa telah disiapkan dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

"Dari Sabah, kita cadangkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, manakala untuk wakil Sarawak pula Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

"Walaupun saya sendiri (Pengerusi jawatankuasa) dari Sarawak tetapi saya perlukan seorang lagi menteri dari Sarawak untuk duduk dalam jawatankuasa itu dan akan membantu untuk menjawab di Parlimen ketika saya tiada," katanya, selepas Majlis Penyampaian Ang Pau dan Sumbangan Tahun Baharu Cina kepada Warga Emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) kawasan Matang di Dewan SUPP Sungai Tengah di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, penstrukturan itu dilakukan susulan tiada lagi jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), yang sebelum ini disandang Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perundingan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melibatkan tiga peringkat iaitu Majlis Tindakan Pelaksanaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

"Peringkat kedua ialah jawatankuasa teknikal yang dipengerusi oleh saya sendiri, manakala yang ketiga ialah jawatankuasa kerja yang diwakili semua pegawai kerajaan untuk membincangkan perkara asas.

"Jika ada isu yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat perkara asas, maka perkara itu akan dibawa ke jawatankuasa teknikal untuk kami putuskan dan akhirnya akan dibawa pula ke Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Umum Peruntukan RM1 Bilion Untuk Naik Taraf Prasarana Sempadan Sarawak, Sabah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Formula Pemberian Khas Kepada Sabah, Sarawak Dimuktamad Dalam Mesyuarat Pertama MTPMA63

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad