web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengemis Warga Asing Mampu Raih RM10,000 Sebulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 8:10PM

Antara pengemis yang ditahan Jabatan Imigresen Johor. - gambar JIM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Memberikan alasan mengutip derma untuk membiayai sekolah tahfiz dan institusi keagamaan, pengemis warga asing mampu meraih "pendapatan" mencecah RM10,000 sebulan.

Perkara itu terbongkar dengan penahanan tiga lelaki warga Kemboja dan dua lelaki warga Thailand dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor di sekitar pasar malam di Iskandar Puteri semalam.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir, berkata dalam operasi kira-kira pukul 6.30 petang itu, kelima-lima warga asing terbabit ditahan kerana mengutip derma dengan alasan membiayai sekolah tahfiz serta institusi keagamaan bagi meraih simpati.

"Ada dalam kalangan mereka yang cacat anggota. Mereka ini mampu meraih pendapatan mencecah RM300 sehari atau RM10,000 sebulan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut ditahan seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesla yang membuka gerai di pasar malam berkenaan, dengan kesemua yang ditahan berumur antara 34 hingga 63 tahun.

Baharuddin berkata kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, seramai 40 warga asing dipercayai bekerja tanpa permit yang sah dan tinggal lebih masa di Malaysia, ditahan dalam satu operasi di sekitar negeri ini, pada Isnin lepas (29 Januari) dan semalam," kata Baharuddin.

Katanya, serbuan terhadap 44 premis itu susulan aduan awam yang mendakwa terdapat warga asing dipercayai bekerja tanpa pas atau permit kerja yang sah.

"Sebanyak 353 individu telah diperiksa dalam operasi berkenaan, 40 daripadanya telah ditahan melibatkan sembilan lelaki warga Nepal, lima lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia, serta 15 lelaki dan empat wanita warga Myanmar.

"Turut ditahan dua lelaki dan seorang wanita warga India serta seorang lelaki warga Kemboja. Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 21 hingga 49 tahun," katanya.

Menurut Baharuddin, kesemua mereka disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 (Akta 155) dan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, selain 10 notis hadir ke pejabat (Imigresen) dikeluarkan kepada individu dalam operasi terbabit bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad