web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lambaian Selamat Tinggal Penuh Istiadat Buat Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 10:45AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Dataran Parlimen pagi ini untuk menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik bersempena dengan tamat tempoh pemerintahan.

Ketibaan Seri Paduka berdua di Dataran Parlimen diiringi tiupan nafiri oleh 22 anggota Skuadron Istiadat Berkuda yang berpangkalan di Kem Sungai Buloh, Selangor, diketuai Sarjan Ismail Katirin.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.

Seri Paduka berdua kemudian diiring ke Pentas Diraja, melintasi Pasukan Pengawal Tombak diikuti persembahan tabik Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama, disusuli lagu Negaraku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Leftenan Muhammad Fauzee Japar.

Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong direndahkan, diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).

Seri Paduka kemudian berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, disusuli persembahan tabik 'Hormat Diraja" kali kedua serta lagu Negaraku.

Seri Paduka berdua selepas itu berkenan untuk bersalaman dengan barisan Jemaah Menteri,Ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta perwakilan asing.

Usai acara itu, Al-Sultan Abdullah dan Turku Azizah turut mengambil kesempatan melambai kepada tetamu yang hadir selain dilihat mengangkat tangan dan menyentuh dada kiri sebagai tanda terima kasih.

Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri disiarkan secara langsung di saluran RTM, selain turut disiarkan menerusi televisyen tempatan dan media sosial.

Seri Paduka berdua meninggalkan Dataran Parlimen pada 9.20 pagi untuk berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Semasa kenderaan yang membawa Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah melalui Jalan Parlimen, lebih 3,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam dan kakitangan swasta berbaris di kiri dan kanan jalan memberikan lambaian bagi mengucapkan selamat jalan kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 25 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad