web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Hari Gagal Dihubungi, Mayat Buruh Ditemukan Maut Dalam Saliran Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 12:21PM

Motosikal milik mangsa yang ditemukan dalam saliran air. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Selepas lebih 10 hari tidak dapat dihubungi, mayat seorang buruh akhirnya ditemukan dalam saliran air berhampiran selekoh Jalan Sungai Lalang menuju ke Bukit Selambau dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat mengalami kemalangan jalan raya di situ. 

"Kira-kira jam 7.30 malam tadi, pihak polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut bersama sebuah motosikal jenis Honda RS150 dalam saliran air berkenaan. 

"Pemeriksaan di kawasan berhampiran menemukan kesan goresan pada bahu jalan dipercayai terhasil dari kemalangan melibatkan mangsa. Mangsa dipercayai terbabas ketika melalui selekoh sebelum tercampak ke dalam saliran air tersebut di sebelah kanan. 

"Kedalaman saliran air yang sebelum ini mencecah hampir tiga meter menyebabkan mangsa sukar dilihat oleh orang ramai yang menggunakan laluan tersebut. Soal siasat bersama waris memaklumkan, mereka kali terakhir bertemu mangsa pada 9 Januari lalu," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Difahamkan mayat mangsa berada dalam keadaan reput dan telah terputus kepada beberapa bahagian berikutan terlalu lama terbiar di lokasi kejadian. 

Beliau menambah, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat. Kes tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah memaklumkan, pihaknya berdepan kesukaran untuk mengambil mayat tersebut berikutan hujan lebat. 

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan cebisan mayat mangsa hanyut dalam arus deras. 

"Pihak kami kemudiannya membuat pencarian di permukaan air serta darat sebelum menemukan serpihan tulang dipercayai milik mangsa pada jam 10.12 malam. 

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran 26 Januari 2024

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad