web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thaipusam 'Sinar' Rezeki Untuk Pereka Bentuk Kavadi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 12:58PM

J. Lawrence Dev di bengkelnya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Menjelang sambutan Thaipusam 25 Januari ini, ketika ini adalah waktu paling sibuk bagi J. Lawrence Dev, 37, seorang pereka bentuk kavadi, bersama rakan-rakannya yang menggelarkan diri mereka The Kavadi Masters (TKM) Group, untuk menyiapkan kavadi yang ditempah.

Pemilik Maharaj Event Designer ini dan enam rakan rapatnya tidak menang tangan menyiapkan pelbagai bentuk kavadi mengikut permintaan pelanggan bagi sambutan keagamaan penganut Hindu itu.

Dengan keadaan COVID-19 semakin reda dan perarakan Thaipusam dibenarkan semula, ia jelas membawa sinar harapan bagi mereka memperoleh rezeki yang melimpah-ruah.

“Walaupun saya ada perniagaan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan, namun sambutan Thaipusam inilah yang paling dinanti, kerana membuat kavadi merupakan hobi saya dan saya boleh peroleh pendapatan tambahan dengan membuat kavadi yang ditempah pelanggan," katanya ketika ditemui di bengkelnya di sini.

Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata TKM Group aktif membuat kavadi sejak 20 tahun lepas dengan penyertaan hampir 40 pekerja dalam kumpulan itu.

Setiap tahun mereka akan menerima 12 hingga 15 tempahan, dan tahun ini sahaja 12 tempahan telah diterima termasuk sebuah pedati (chariot).

Lawrence Dev berkata musim Thaipusam bermula selepas November setiap tahun, dengan tempoh dua minggu hingga sebulan diperlukan untuk menyiapkan sebuah kavadi, bergantung kepada reka bentuknya.

Harga minimum untuk satu kavadi adalah dalam lingkungan RM3,000 dan ia boleh mencecah sehingga RM30,000, tertakluk kepada bahan digunakan berdasarkan permintaan pelanggan seperti papan stirofoam, besi dan kayu.

Beliau berkata kebanyakan kavadi yang dihasilkannya daripada papan stirofoam kerana di lpoh memang banyak permintaan menggunakan bahan itu berbanding di tempat lain, dan katanya kavadi paling berat pernah dihasilkan mencecah 60 kilogram.

Mula berminat menghasilkan kavadi sejak berusia 15 tahun, katanya beliau belajar membuat kavadi daripada seseorang yang digelar 'sifu kavadi' yang cukup kreatif.

Lawrence Dev berkata beliau pernah mengalami kerugian besar ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lepas, apabila perarakan tidak dibenarkan, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah kerugian yang dialami.

"Kita dah beli bahan, tetapi kami tidak dapat kepastian sama ada boleh sambut Thaipusam (perarakan), apabila saat akhir baru diberitahu tidak boleh (berarak)," katanya.

"Kini keadaan kembali pulih tetapi tidak begitu stabil lagi kerana kos bahan juga telah meningkat, tenaga kerja kurang, tetapi saya tidak mahu kata struggling, cuma boleh katakan keadaan sekarang semakin pulih, boleh bersaing seperti dahulu (sebelum PKP)," katanya.

Perayaan Thaipusam diadakan setiap tahun pada bulan Thai dalam kalendar Tamil, yang biasanya pada Januari atau Februari untuk menghormati Dewa Murugan

Di beberapa tempat, perarakan itu sering kali melibatkan penganut yang membawa kavadi, iaitu struktur dekoratif yang dipikul oleh penganut sebagai tanda pengorbanan dan penghormatan kepada Dewa Murugan.

Penganut Hindu kebiasaannya membawa kavadi untuk mempersembahkan kepada Dewa Murugan, selain menjunjung Paal Kudam, iaitu tabung susu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad