web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pengurus Syarikat Didenda RM13,000 Guna Dokumen Palsu Tuntut Insentif Program PENJANA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 4:42PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengurus syarikat latihan teknologi maklumat (IT) didenda RM13,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM9,500, tiga tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas S. Kamala Segaran, 48, selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pilihan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kesemua pertuduhan itu, Kamala Segaran didakwa menggunakan tiga dokumen palsu iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama Perusahaan Tech Train Consultancy bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Perkeso berjumlah RM9,500, yang mana pekerja yang dinamakan dalam dokumen tersebut bukan pekerja syarikat itu.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak di Kampung Baru di sini antara 25 Jun dan 21 Disember 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Yusri Yahya memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Peguam R. Babu Naidu yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya seorang bapa tunggal yang menanggung anak berusia enam tahun serta ibu bapanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad