web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Dabong - Jeli Mula Dibuka Satu Lorong – JKR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 4:03PM

Laluan yang dibuka itu untuk semua jenis kenderaan ringan saja. - gambar JKR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong-Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan laluan itu disambungkan menggunakan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Bailey.

Komponen-komponen Jambatan Bailey mula dipasang pada 5 Jan lepas dan telah siap sehari lebih awal dari tarikh jangkaan hari ini.

"Seramai 54 kakitangan JKR daripada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Jajahan Jeli, JKR Jajahan Machang, JKR Daerah Temerloh dan JKR Daerah Kinta bergabung tenaga bertungkus lumus menyiapkan jambatan sepanjang 30 meter berkenaan," menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan jambatan berkenaan dibina bagi memastikan pengguna jalan raya terutamanya penduduk setempat tidak terputus hubungan sebelum kerja-kerja pembinaan pembetung kekal dilaksanakan.

Laluan satu lorong dibuka di Seksyen 73.85, Jalan Dabong-Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, sebelum ini. - gambar JKR
Laluan satu lorong dibuka di Seksyen 73.85, Jalan Dabong-Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, sebelum ini. - gambar JKR

"JKR akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan pembetung kekal di lokasi itu setelah menerima peruntukan dengan jangkaan siap sebelum musim perayaan Aidilfitri.

"Bagi memastikan kelancaran trafik, JKR telah menyediakan Pelan Pengurusan Trafik yang lengkap sebagai panduan kepada pengguna jalan raya supaya dapat mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembinaan jalan kekal laluan Dabong - Jeli yang runtuh mengambil masa selama dua bulan dan akan disiapkan sebelum Aidilfitri dengan melibatkan kos pembinaan sebanyak RM700,000. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad