web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Empat Anggota Polis Ditahan Disyaki Terlibat Pemerasan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 8:40PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan di depan Kompleks Pangsapuri di Kepong di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dalam kenyataan hari ini berkata kesemua yang ditahan itu berumur lingkungan 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kuala Lumpur turut menjalankan siasatan mengenai dakwaan keengganan anggota polis menerima laporan daripada orang awam.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perbuatan enggan menerima laporan polis dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berbuat demikian.

"Kes ini masih dalam siasatan dan polis tidak melindungi individu termasuk pegawainya sendiri yang melakukan kesalahan di sisi undang-undang dan orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan seorang lelaki tempatan ditahan empat anggota polis ketika sedang berjalan ke tempat letak kereta di kompleks berkenaan dan menuntut untuk memeriksa MyKad dan telefon bimbitnya.

Berikutan itu, telefon mangsa yang mengandungi rekod butiran MyKad pelanggan menyebabkan polis menuduhnya sebagai ceti selain terlibat dalam perjudian haram apabila carian telefonnya mendedahkan laman web perjudian.

Lelaki itu menafikan tuduhan itu dan polis terbabit didakwa mengugutnya dengan pendakwaan mahkamah dan penjara serta menuntut RM10,000 sebagai balasan untuk menyelesaikan perkara berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad