web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Dubai: Polis Kontinjen Kuala Lumpur Terima 8 Laporan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 8:06AM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima lapan laporan daripada wakil parti politik berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit antaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Cheras dan Dang Wangi, semalam.

"Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Mahathir Mohd Yunus dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin membuat laporan berhubung perkara itu di IPD Cheras, semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mahathir berkata, gerakan itu jelas bertujuan untuk mengganggu-gugat sistem demokrasi berparlimen, walaupun selepas adanya Akta Anti Lompat Parti.

Ketua Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK), Asheeq Ali Sethi Alivi yang membuat laporan di IPD Dang Wangi pula menggesa polis untuk membuat siasatan terhadap individu yang disyaki terbabit dengan gerakan itu termasuk penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin.

"Negara memerlukan kestabilan politik untuk membina kemakmuran ekonomi bersama, tindakan tegas harus diambil kepada mereka yang menggugat kestabilan kerajaan sedia ada hari ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan pihaknya turut menerima dua laporan polis berhubung gerakan 'Langkah Dubai' dan siasatan sedang dijalankan.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa 'Langkah Dubai' timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Dakwaan PN Cuba Rasuah Agong 

2

Politik 2 tahun yang lalu

PM Enggan Layan Isu Langkah Dubai, Nasihat Tun M Jaga Kesihatan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad